Monday, 28 March 2011

ayat-ayat cinta jiwang yang ak blajar dr komik..hehehe

assalamualikum..

setiap detik bersama kekasih merupakan momen paling berharga,
berbanding seusia dalam hidup yang biasa dan membosankan..

memang seronok apabila dapat bersama dengan orang yang tercinta,
tetapi amat payah untuk menerima hakikat apabila yang dicinta itu susah untuk dimiliki..

taktala hati masih kosong,
hidup dilihat terlalu biasa,
waktu diputar tak terasa lajunya,
setiap langkah disusun tiada maknanya,
tapi suatu hari apabila hati diisi dengan cinta,
terasa hidup ini baru saja bermula..

jangan sesekali membenci kerana lama-kelamaan ia bertukar menjadi sayang,
bukan sekadar sayang yang biasa..mungkin lebih dari itu..

jika pagi membawa kamu kepadanya,
maka dialah buatmu untuk sehari..

sekali cinta datang tidak bermakna ia tidak akan datang lagi..
ia pasti datang tapi dari si dia yang berbeza dari dulu..
mungkin dia yang dulu atau dia yang baru..

kalau cinta membuatkan aku jatuh,
ternyata aku masih lagi terjatuh..

cuba melupai seseorang yang kita cintai seseolah
cuba mengingati seseorang yang belum pernah kita jumpa..

tanpa perlu disebut,
cinta terpancar bagaikan tulisan di atas air yang tenang..

kasih yang terpisah menipu perpisahan dengan beribu imiginasi di mana setiap satunya ada realiti tersendiri,
tidak mampu bertemu atau menulis utusan,
namun temui pelbagai cara misteri untuk berhubung,
lagu beburung, wangian bunga, tawa si kecil, sinar mentari, keluhan angin dan kerdipan bintang..
semuanya ciptaan yang indah-indah belaka..

cinta adalah perilaku memaafkan yang tidak berkesudahan,
dan pandangan lembut yang menjadi tabiat..

dia yang sanggup bercinta juga yang paling banyak menderita...

kata-kata pujangga

sebaik-baik manusia ialah hari esok lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam...
-Saidina Ali-